Saturday, December 26, 2009

coretan kehidupan

kenangan menggamit ku pulang
ke tempat dari mana diriku datang
entah mengapa
kadang- kadang di hatiku terdetik
bahawa aku sedang merindu
hatiku merindui segalanya
segala yang telah pergi

aku rindu kamu
kamu- kamu yang pernah wujud dalam hatiku
kamu- kamu yang telah pergi
pergi dari ku
kian jauh dan menjauh
meninggalkan hatiku kosong tidak bertamu lagi
baik teman- teman mahupun kenangan


ada masa inginku pendam segala
ada kala hatiku ingin berkata
tiba masa mulutku berbicara
tegang lidah ku lontarkan kata- kata
membuka segala pekung didada
ada manis mahupun pahit
ingin ku luah pada yang sudi
juga pada yang bisa memahami
tidak lupa kepada hanya teman biasa
agar terlepas segala beban di hati

ini kerana aku manusia biasa
memang begini lumrah manusia
apatah lagi bagiku insan berat untuk berkata
dimana mulut sentiasa terkunci
terkunci rapat sukarku berbicara
bagai tersimpan segala emas permata

kita berteman berkongsi segala
walaupun bersama hanya sementara
kerana masa tidak pernah membenarkan
untuk kita terus- terusan bersama
selagi waktu masih ada
gunalah ia sebaik daya
kerana sekarang begitu berharga
bisa mencorak kehidupan dihari muka
bisa menjadi kenangan yang terindah
pasti untuk kita semua juga
satu hari kelak

No comments:

Post a Comment