Friday, May 20, 2011
soal hati
apa dikandungmu
kenapa ku merasa bahawa kau hati hanya ruang yang kosong
seolah ku insan tiada bernyawa
ku meniti hari- hari kedewasaan
yang tampak indahnya laksana kristal
namun siapa tahu akan retak di dalamnya
jika silap percaturan maka berkecailah ia
dunia pentas sandiwara
tempat berkumpulnya segala karektor
dan aku hanya watak kecil padamu dunia
hadirku mungkin kurang bererti
lakaran kegembiraan di wajahku dipandang sepi
dan tangisku siapa mengerti
itulah aku padamu dunia
namun aku watak besar
dalam mengharungi bahtera hidupku
jika aku hanya kecil padamu dunia
tapi kau tetap besar padaku dunia
kerana apa jua berlaku padamu dunia
pasti aku juga merasa bahananya
apa perananku padamu dunia
walau dikau luas tapi aku tetap gagal untuk berlari
hingga kini ku masih cuba untuk berdiri
tetap mencuba menafsir keindahan dunia
namun sering suram yang kurasai
adakah itu namanya penyakit hati
namun akhirnya ku menyedari
soal hati tidak akan pernah terhenti
begitu dan begini senantiasa menemani
selagi kita bergelar insan duniawi
Friday, March 19, 2010
langit tak seindah biasa
Dua jarak waktu yang berbeza
walaupun cuma semalam dan hari ini
namun masa tetap berlalu
membawa bersama camukan perasaan
diselangi juga dengan pentas lakonan
meninggalkan beribu kenangan
sebagai nostalgia di hari esok
semalam dan hari ini
sentiasa menjanjikan pelbagai kelainan
jika itulah rentak dunia
manakan bisa aku menjadi diriku yang dulu
sedangkan bukit bakau lagikan berubah
inikan pula sekuntum bunga yang menunggu mekarnya
langit dipandang sepi
hadirnya persoalan dikotak fikiran
entah mengapa dan bagaimana
langit yang dulu pernah menghiasi sanubari
kini telah pudar warnanya
dibawa bersama dek masa silam
tompokan awan didada langit juga hilang serinya
bukankah itu awan yang pernah memenuhi segenap hati
pabila ku memandang ke langit
terungkailah segala persoalan
terjawaplah segala pertanyaan
bahawa aku bukan lagi diriku yang dulu
kerana mana perginya langit
kemana hilangnya awan
yang pernah menceriakan hariku dulu
kembalilah langit dan juga awan
kerana hilangnya kamu bereri jiwaku kosong
kerana kamu adalah sebahagian diriku
Thursday, March 18, 2010
Awan Berarak Kelabu
Ku sendiri lagi
Membiarkan semua berlalu meninggalkan daku
Tinggal daku seorang tiada berteman
Yang tinggal hanya kekesalan
Beserta sembilu ngilu di hati
Di mana parut bisa terpatri
Kini ku terkapai layu
Bagai kapal tanpa nakhoda
Umpama pokok dihembus bayu
Membiarkan saja diri larut bersama tiupan angin
Ke barat ke timur
Akan ku turuti
Percayalah
Tidak tegar untuk ku terus begini
Aku manusia
Sebaik baik ciptaan tuhan
Sebagai khalifah di muka bumi
Aku adalah aku
Mempunyai maruah dan jati diri
Punyai keazaman dan cita- cita
Kaya dengan kasih di hati
Kepada mereka yang sentiasa menyayangi
Akan ku bangkit berdiri gagah
Melawan segala arus kesesatan
Lihatlah dunia
Kejayaan pasti milikku
Akan ku tunggu detik itu
Yang hadir bersama sinaran pelangi
Dengan awan memutih dilangit biru
Beraraklah awan kelabu
Tuesday, March 16, 2010
manusia begitu dan begini
ku gembira
dengan cara ku
ku bahagia
dengan hidupku
namun tidak ku tahu adakah kamu jua begitu
adakah kamu bahagia
dengan adanya aku dalam kehidupan mu
adakah kamu sengsara melihat ku dimatamu
hanya kamu yang tahu
dan aku tetap begini
aku dengan caraku
dan kamu dengan caramu
kita masing- masing berbeza
kau dan juga aku
punyai hati dan naluri yang berbeza
apa yang aku mampu
jika kau tidak menyenangiku
apa yang aku terdaya
jika kau jelik melihatku
namun ingin ku bertanya
apa sebenarnya yang kau mahu
adakah kerana mulutku
adakah kerana diriku
adakah kerana milikku
hanya kau yang tahu
adakah puncanya aku
adakah puncanya kau
hanya kau juga yang tahu
namun jika puncanya aku
sepuluh jari ku pohon
kerana ku cuma insan biasa
namun jika puncanya kau
what can i do
sebab ko memang begitu
dan itu juga hanya kau yang tahu
kenapa dan mengapa kau begitu
Thursday, March 4, 2010
Coretan hati
Saya benci kamu
Saya benci kamu
Entah mengapa kadang kala
Kata- kata itu lahir dari hatiku
Aku tidak tahu mengapa
Tapi ia mampu membuat ku sakit
Sungguh aku tidak suka akan perasaan itu
Apabila perasaan itu singgah dihati kecilku
Aku segera menghalaunya pergi
Tidak sudi untuk aku merasainya
Walaupun hanya untuk sesekian kali
Sungguh aku tidak tahu mengapa
Aku bertanya kepada diriku
Namun tiada jawapan yang pasti
Akhirnya aku menyedari
Ia mengingatkan akan kebodohan diriku
Ia mengingatkan akan masa silamku
Yang ingin aku buang jauh dari hidupku
Biar hanya mampu menjadi sejarah
Agar aku mampu merasa tenang kembali
Tanpa sebarang perasaan aneh di hati