Friday, March 19, 2010

langit tak seindah biasa

dulu dan kini
Dua jarak waktu yang berbeza
walaupun cuma semalam dan hari ini
namun masa tetap berlalu
membawa bersama camukan perasaan
diselangi juga dengan pentas lakonan
meninggalkan beribu kenangan
sebagai nostalgia di hari esok

semalam dan hari ini
sentiasa menjanjikan pelbagai kelainan
jika itulah rentak dunia
manakan bisa aku menjadi diriku yang dulu
sedangkan bukit bakau lagikan berubah
inikan pula sekuntum bunga yang menunggu mekarnya

langit dipandang sepi
hadirnya persoalan dikotak fikiran
entah mengapa dan bagaimana
langit yang dulu pernah menghiasi sanubari
kini telah pudar warnanya
dibawa bersama dek masa silam
tompokan awan didada langit juga hilang serinya
bukankah itu awan yang pernah memenuhi segenap hati

pabila ku memandang ke langit
terungkailah segala persoalan
terjawaplah segala pertanyaan
bahawa aku bukan lagi diriku yang dulu
kerana mana perginya langit
kemana hilangnya awan
yang pernah menceriakan hariku dulu
kembalilah langit dan juga awan
kerana hilangnya kamu bereri jiwaku kosong
kerana kamu adalah sebahagian diriku

No comments:

Post a Comment